Setelah ditunggu-tunggu sekian lama, maka bermula semalam (20 Julai 2009) program Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 yang diadakan di Wisma Negeri Sembilan, Mu'tah. Program bermula dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti Mu'tah selepas solat maghrib.
Pada majlis ini juga, majlis pelancaran ROQS 2009 telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Mu'tah (PERMATA) Sesi 2009/2010, saudara Amiruddin bin Ibrahim. Majlis kemudian dihangatkan dengan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Media ROQS 09 dan kemudiannya diteruskan dengan acara kemuncak iaitu sesi ceramah oleh Mejar Nadzri bin Musman mengenai isu Palestin dengan tajuk "Kenapa Palestin?".

Dalam sesi ceramah ini, para peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang bagaimana bermulanya isu Palestin, kepentingan isu Palestin kepada umat Islam dan pelbagai lagi pendedahan-pendedahan yang sebelum ini mungkin kurang didengari atau disebut di dalam media-media arus perdana. Pada hujung sesi ceramah ini, beberapa mahasiswa telah mengambil kesempatan untuk mengajukan beberapa soalan kepada penceramah dalam isu-isu Palestin sendiri, peluang penglibatan dalam Aman Palestin malah ada yang betanya tentang isu-isu tempatan.
Secara umumnya, program ini dilihat telah mencapai matlamatnya di Mu'tah dan sambutan boleh dikatakan sangat memberangsangkan dengan kehadiran peserta seramai sekitar 80 - 90 orang (daripada 130 orang mahasiswa di Mu'tah). Alhamdulillah, sekitar JD 70 hasil daripada kutipan sumbangan dan jualan telah berjaya diperolehi.
Apapun, bukanlah kutipan & sumbangan yang banyak yang menjadi fokus utama tetapi adalah lebih diharapkan oleh pihak penganjur agar semua peserta Siri 1 Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 di Mu'tah akan dapat mengambil sebanyak mungkin manfaat, maklumat yang akhirnya dapat dijana menjadi tindakan-tindakan susulan yang akan mengangkat semula umat ini yang akhirnya akan membebaskan bumi Al-Aqsa itu sendiri.

No comments:
Post a Comment