Saban hari kisah-kisah dari bumi Palestin terus sampai dan tiba kepada kita dalam pelbagai sumber. Mana mungkin rakyat yang berada di negara jiran seperti Jordan ini hanya memekakkan telinga di atas apa yang berlaku. Sebagai umat Islam dan mahasiswa Islam kita tidak sepatutnya memandang sepi hal ini. Mahasiswa Islam perlu lebih agresif mencari punca dan muhasabah atas perkara yang berlaku, bukanlah hanya memandang enteng atas peristiwa di bumi Palestin. Menjadi satu tanggungjawab buat kita yang berada dekat dengan bumi suci itu, membantu dan berfikir dalam apa jua lapangan.
Namun, percayalah ini merupakan satu ujian Tuhan buat umat Islam agar bermuhasabah di atas perkara yang telah berlaku. Kita yakin dan percaya bumi al-Quds itu di bawah penjagaan Allah, namun mengapa musuh-musuh yang mahu menceroboh semakin mudah menindas dan semakin berkuasa di sana? Kita lihat, tatkala kesusahan yang melanda, peperangan yang dilancarkan menguji keimanan umat Islam. Bukan sahaja yang berada di bumi Palestin. Malahan umat Islam di seluruh dunia mengecam dan membenci tindakan keji tersebut. Hal ini hanya ingin menzahirkan kesatuan umat Islam. Sepertimana kita lihat, perpaduan dan kesatuan ini semakin terhakis di dalam jiwa umat Islam. Umat Islam semakin lalai dan leka dengan kesenangan dan mula mementingkan diri sendiri. Jadi, Allah timpakan ujian ini buat mereka yang bertuah dan layak merasa perjuangan para Anbia’ dan sahabat mempertahankan Islam.
Bukan mudah mendapat syurga Allah. Bukan mudah terpilih menjadi syuhada’ di bumi suci itu. Biarpun mereka diuji keimanan oleh Allah, namun ganjaran yang setimpal mereka terima seiring kemanisan iman yang terpahat di jiwa mereka yang cintakan Islam. Sehingga kini bumi al-Quds masih lagi di dalam cengkaman Israel. Perjuangan membebaskannya masih perlu dipertingkatkan. Keimanan dan taqwa kepada Allah itu perlu diperkukuhkan. Kerana apa yang ingin dikecapi bukanlah bumi sembarangan. Tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW di malam Isra’ terpahat di dalam al-Quran.
Semoga peristiwa pembebasan ini menjadi wasilah bagi menguatkan lagi benteng keimanan serta meningkatkan kesepaduan umat Islam di muka bumi. Kerana sememangnya Islam itu dibina atas kesatuan dan kesepaduan. Firman Allah Ta’ala:
Ahmad Syahrul Bin Adnan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2009-2010

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُم أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُمْ مِّنْهَا كَذلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايَـتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."Ali Imran: 103
Ahmad Syahrul Bin Adnan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2009-2010
No comments:
Post a Comment