Assalamualaikum WBT
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian yang menjadikan langit dan bumi, lalu menghamparkannya supaya hamba-hambaNya dapat bertebaran melakukan ketaatan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Muhammad Rasululullah SAW, yang dengan pimpinannya kita dapat merasai nikmat berada dalam iman dan Islam pada hari ini.
Mahasiswa-mahasiswa sekalian,
Rasulullah SAW pernah membayangkan kepada para sahabatnya suatu ketika dahulu akan bala yang bakal menimpa ummat Islam kelak. Baginda berkata bahawa ummat Islam kelak akan dihimpit dari segenap penjuru oleh musuh-musuh, ibarat daging yang dikerumuni pemangsa. Bukanlah disebabkan sedikitnya bilangan mereka ketika itu, akan tetapi kerana mereka lebih cintakan dunia dari segalanya.
Inilah yang kita dapat lihat pada hari ini. Hilangnya kemegahan ummat Islam yang pernah dibanggakan suatu masa dahulu. Kita ditindas di setiap penjuru bumi kita kita. Di Chechnya, Kosova, Afghanistan, Iraq, Palestin… dan yang terbaru di Urumqi tanpa ada sesiapa yang dapat memberikan bantuan dan perlindungan sewajarnya kepada saudara kita di sana.
Mahasiswa-mahasiswa sekalian,
Bersempena dengan kehadiran program Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 ini, kita merasakan telah tiba masanya untuk menggiatkan usaha membantu sesama saudara seaqidah kita. Beban derita yang mereka tanggung sejak sekian lama, kitalah yang akan meringankannya. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menyumbang apa sahaja yang termampu samada dari segi kewangan, buah fikiran dan tenaga dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terseksa di bumi Palestin.
Kita juga merasakan bahawa solidariti kemanusiaan perlu kita pamerkan pada diri kita melalui kempen boikot produk Israel, sumbangan derma, dan juga melalui kempen-kempen kesedaran sebegini.
Akan tetapi, dalam suasana kita di Jordan ini, perlulah kita mengambil langkah berhati-hati dalam menyatakan pendapat kita. Ingin saya ingatkan para mahasiswa sekalian agar tidak keterlaluan dalam menyatakan sokongan dan kebersamaan kita dalam isu ini. Kita bebas menyalurkan pendapat dan bantuan, tetapi biarlah ia disalurkan dengan bijak melalui medium yang betul seperti yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi.
Akhir kalam, saya merakamkan penghargaan pada perunding Aman Palestin, Mejar Haji Nadzri Bin Musman di atas kesudian beliau berkunjung ke bumi Syam ini. Diharapkan dengan kedatangan beliau, kita mendapat manfaat yang banyak dalam memahami isu Palestin ini.
Sekian, terima kasih.
Haji Sulaiman Ismail
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
Kedutaan Besar Malaysia, Amman

No comments:
Post a Comment