لَن يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذًى وَإِن يُقَـتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الاٌّدُبَارَ ثُمَّ لاَ يُنصَرُونَ
“Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.”Ali ‘Imran : 111
Benar kalam Allah, bahawa mereka (Yahudi) tidak dapat membuat mudharat kepada kita, selain dari gangguan-gangguan celaan sahaja. Apa yang kita saksikan berlaku di Ardhu Ribat (bumi perjuangan) - Palestin hari ini hanyalah sebahagian dari gangguan-gangguan celaan tersebut. Mereka dibunuh, dibedil, diusir… Semuanya tidak lebih dari ‘gangguan-gangguan celaan’. Dan adapun jika mereka bangkit melawan, pasti kemenangan akan bersama mereka kelak.
Kesengsaraan yang dihadapi oleh ummat Islam di Palestin tidaklah boleh kita lihat hanya sekadar satu lagi episod serangan suatu bangsa ke atas bangsa yang lain. Isu Palestin bernilai lebih dari sekadar itu. Ianya melibatkan maruah ummat Islam seluruhnya, meskipun yang terseksa hanyalah mereka yang berada di bumi sesempit itu.
Justeru, kami melihat perlunya suatu usaha menggarap pandangan umum (public opinion) dalam menilai qadhiyyah filastiniyyah (isu Palestin) ini secara tepat lantas membina rangkaian tenaga bagi berperanan dalam membantu meringankan beban ummat Islam di sana.
Kami juga konsisten dalam mengutarakan isu ini di hadapan masyarakat agar dapat memandu fikrah mereka supaya melihat perjuangan ummat Islam di Palestin sebagai amal jihad yang mulia. Lantas, membangkitkan semangat mereka, meninggikan himmah (aspirasi) mereka, dan menggerakkan tubuh mereka untuk membina generasi harapan ummah ini.
Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 (ROQS ’09) kami bawakan dengan tema "Semarak Ruh Perjuangan" bakal menemui seluruh mahasiswa Malaysia di Jordan pada bulan Julai 2009 ini. Program julung kali seumpama ini sebenarnya telah bermula secara kecil-kecilan untuk tempoh 2 tahun yang lepas. Melihatkan kepada sambutan yang diterima untuk program sebegini sangat menggalakkan, program ini diteruskan tetapi dengan skala dan harapan yang lebih besar.
Diharapkan program ini akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Dan semoga usaha kecil ini diganjari Allah selayaknya, lantas memberatkan timbangan kita di Akhirat kelak.

No comments:
Post a Comment