Oleh: Muhammad Naqeb bin Sulaiman
Fakulti Perubatan, Jordan University of Science & Technology
Menjejak Roh Pengorbanan
A: Eh..awak tak menulis tentang isu Palestin ?
B: Kenapa? Ada peperangan lagi ke?Ada yang mati lagi ke?
A: Bukanlah. Tapi sekarang musim kehangatan ROQS 2009. Jadi, sesuailah tulis tentang Palestin. Barulah orang kate blogger yang update.
B: Owh. Ye tak ye jugak.
Saya suka mengajak pembaca menilai perbualan di atas.
Siapakah yang tepat tindakan dan pemahamannya dalam berbicara soal perjuangan ummat Islam di Palestin.
Si polan A menganggap isu Palestin hanya perlu diwar-warkan seandainya keadaan kemuncak berlaku. Apabila sudah beribu nyawa ibu-ibu tua, anak-anak yang masih kudus jiwa mereka terkorban, barulah isu ini perlu diberi perhatian.
Bagaimana si polan B pula?
Dia seorang yang bagus kerana peka dengan program-program semasa. Namun, dia sedikit terkesan dengan trend penulisan yang bermusim, apabila program berkaitan dianjurkan, maka penulisannya pula akan mengikut arus. Tatkala program sudah lama berlalu, penulisannya hilang halatuju.
Saya tidak mengatakan kedua kelompok ini adalah kelompok yang salah sepenuhnya kerana sekurang-kurang masih wujud sensitiviti dalam diri mereka untuk bersama-sama dalam arus perjuangan isu ini.
Namun, dua kelompok ini bukanlah kelompok yang terbaik untuk bertindak sebagai barisan tentera di hadapan dalam memperjuangkan isu ini.
Sebaliknya, golongan yang diperlukan adalah golongan yang berjuang berdasarkan kefahaman yang jelas.
Kefahaman bahawa isu ini bukan isu yang bermusim, ada pasang surutnya.
Kefahaman bahawa isu menuntut perjuangan yang konsisten.
Satu analogi yang ingin saya kongsikan.
Bayangkan seandainya ibu kita dizalimi dan diseksa tatkala dikurung di dalam penjara yang kita boleh lihat dari luarnya.
Adakah kita akan rasa sedih dan berusaha melepaskan ibu kita hanya ketika si zalim menyeksa sepuas-puasnya ibu kita di hadapan mata?
Semasa si zalim berhenti rehat sebentar meneguk secawan kopi, kita sudah boleh tersenyum dan goyang kaki, sudah puas hati. Adakah sekadar begitu???!!
Ingatlah sahabat-sahabat, perjuangan mempertahankan hak ummat Islam di Palestin menuntut perjuangan yang didasari dengan pemahaman yang benar dan jelas, bukan semangat bermusim-musim yang akan hilang ditelan masa.
Ayuh, Semarak Ruh Perjuangan!
Penulis juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) sesi 2009/2010.
Sunday, July 26, 2009
Demimu Palestin: Semangat vs Pemahaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment