‘Mahasiswa dan Semangat’ memang sinonim dengan gelodak jiwa anak muda. Tatkala sesuatu isu yang dirasakan mencubit sensitiviti dan melampaui batasan kongkongan, mahasiswa mudah sekali melenting dan melepaskan rasa ketidakpuasan hati. Namun, mahasiswa yang intelek mampu optimis dalam tugasan sehariannya, mampu ‘mengurus semangat’ yang timbul dalam jiwanya dan mampu menjadi agen pengubah minda masyarakat di sekelilingnya.
Kedudukan Jordan yang hampir dengan tanah suci Al-Quds ‘mewajibkan’ kita selaku yang mengakui diri sebagai ‘mahasiswa Muslim’ mengambil tahu, menghayati dan bertindak seboleh mungkin mengikut kapasiti selaku mahasiswa dalam menangani isu ‘Tragedi Berdarah Al-Quds’. Sesungguhnya, ‘surat cinta teragung’ daripada Ar-Rahman telah menzahirkan nama Al-Quds melalui firman-Nya dalam surah Al-Isra’ ayat 1,
Buangkanlah sifat ego, jinakkanlah nafsu yang meraja, semarakkan semangat Islam tulus dari dalam jiwa, agar kita adalah mahasiswa Muslim yang peka, bukan pekak. Sesungguhnya, Allah SWT telah menjanjikan kemenangan itu pasti milik Islam, namun, masa dan ketikanya, adalah luar daripada jangkauan dek akal kita. Alangkah indah, seandainya kita yang yang menjadi batu-batu asas dan pembakar semangat kegemilangan kejayaan Islam pada masa depan. Usah dibiarkan ketukan hidayah yang bertamu di hati, usah diabaikan suasana rosak di sekeliling menghantui diri, bersama-samalah kita bermuhasabah membuat anjakan paradigma, meningkatkan sensitiviti dan bertindak terhadap isu umat Islam, khususnya buat kita yang berada beberapa jengkal sahaja dengan Palestin, yang kini ‘pupus’ di dalam peta dunia.
Namun, apa yang diharapkan agar semangat yang lahir sebelum dan semasa program ROQS 2009 ini, bukan semangat biasa yang hidup dek kayu api yang menyala dan lupus dek bayu angin yang bertiup. Mudah-mudahan, salah satu daripada resolusi PERTAMA kali ke-2 pada 7-8 Februari 2008 yang lalu, iaitu ‘meningkatkan kesedaran mahasiswa Jordan terhadap isu Palestin’ berhasil melahirkan kader-kader Islam yang menyayangi dan menghargai nilai nyawa sesama Muslim kerana Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri”.
Wallahu A’lam.
Nurul Ain binti Samsuddin,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2009/2010.

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami Berkati sekelilingnya (Masjidil Aqsa dan daerah sekitarnya mendapat berkat daripada Allah SWT dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan juga kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”Bersempena dengan bulan Rejab yang kita sedia maklum, tercatat dalam lembaran sirah mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah SAW, dan juga bersempena dengan program ROQS 2009 kali ini, marilah bersama-sama kita melapangkan dada menerima mutiara berharga, melembutkan hati menerima kebenaran yang telah nyata, meringan-ringankan diri menghulurkan apa yang terdaya, mudah-mudahan bulan Rejab pada tahun ini adalah lebih baik ‘penghayatan Isra’ dan Mikraj’, sesuai dengan pertambahan umur dan nikmat daripada-Nya.
Buangkanlah sifat ego, jinakkanlah nafsu yang meraja, semarakkan semangat Islam tulus dari dalam jiwa, agar kita adalah mahasiswa Muslim yang peka, bukan pekak. Sesungguhnya, Allah SWT telah menjanjikan kemenangan itu pasti milik Islam, namun, masa dan ketikanya, adalah luar daripada jangkauan dek akal kita. Alangkah indah, seandainya kita yang yang menjadi batu-batu asas dan pembakar semangat kegemilangan kejayaan Islam pada masa depan. Usah dibiarkan ketukan hidayah yang bertamu di hati, usah diabaikan suasana rosak di sekeliling menghantui diri, bersama-samalah kita bermuhasabah membuat anjakan paradigma, meningkatkan sensitiviti dan bertindak terhadap isu umat Islam, khususnya buat kita yang berada beberapa jengkal sahaja dengan Palestin, yang kini ‘pupus’ di dalam peta dunia.
Namun, apa yang diharapkan agar semangat yang lahir sebelum dan semasa program ROQS 2009 ini, bukan semangat biasa yang hidup dek kayu api yang menyala dan lupus dek bayu angin yang bertiup. Mudah-mudahan, salah satu daripada resolusi PERTAMA kali ke-2 pada 7-8 Februari 2008 yang lalu, iaitu ‘meningkatkan kesedaran mahasiswa Jordan terhadap isu Palestin’ berhasil melahirkan kader-kader Islam yang menyayangi dan menghargai nilai nyawa sesama Muslim kerana Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri”.
Wallahu A’lam.
Nurul Ain binti Samsuddin,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2009/2010.
No comments:
Post a Comment