Sunday, July 5, 2009

Sayu di Hening Malam

Beberapa tahun cuba mengikuti perkembangan isu Palestin, hati saya berasa simpati akan nasib saudara saya (dan anda juga) di sana. Akan tetapi saya tidak sangka perasaan ini akan berubah selepas saya mendapat cahaya mata pertama. Bukanlah saya menjadi tidak simpati, bahkan ianya sebaliknya.

Ketika saya sedang mencari-cari di internet gambar-gambar berkaitan isu Palestin untuk dimuatkan di dalam laman ini, tiba-tiba datang perasaan sayu & sedih dalam hati saya apabila melihat beberapa foto kekejaman Israel terhadap kanak-kanak Palestin.

Mungkin pengalaman saya sebagai seorang bapa hanyalah sekadar 1 minggu, tetapi saya rasa ianya cukup untuk memberi sedikit sebanyak gambaran perasaan ibu-ibu dan bapa-bapa saudara saya di Palestin tatkala anak-anak mereka mati dirobek peluru atau dimamah letupan bom fosforus angkara Israel laknatuLlah.

Ya Allah, Kau bantulah saudara-saudara kami di Palestin!


1 comment: